Pages

Changing greetings & salutations is not an option I hold my way of life

Wednesday, December 11, 2013

Kenapa Malaysia susah nak maju ?

Pertama sekali sebelum saya memulakan pot ini saya mahu meminta
maaf jika ada yang akan terasa. Dan saya mengadakan post ini bukanlah
bertujuan untuk mem'bash' mana-mana pihak. 

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Pada pandangan saya mengapa kita susah mencapai misi yang telah kita tetapkan:

1.Sikap rakyat Malaysia.
#1 Orang Malaysia suka memberi komen yang negatif
terhadap apa yang diuarkan kerajaan.
Sebagai contoh cukai .
Kita perlu membayar cukai.
Akan tetapi ada yang membantah tidak mahu membayar.
Walhal wang yang mereka bayar akan digunakan kerajaan untuk menghantar
pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran mereka/ 
membaikpulih infrastruktur negara kita dsb.
Jadi di sini kita perlulah membuang sikap ''suka berfikiran -ve''
''Kerajaan makan duit rakyat'' dan seumpanya.

#2 Tidar sedar diri
Sbgai contoh. Bila kau dah belajar tinggi tinggi.
Tak kisahlah kau guna biasiswa ke or korang guna duit sendiri
pergi sambong belajar dekat luar negara.
Dah syok kan duduk kawasan orang ada 4 musimlah 
ada mamat hensem lah minah lawalah
negara dia aman/cantik/sentosalah.
Hmmmp ALASAN. Masa kau kecik kau kutuk kutuk orang lain
''Eleh diani pandai kerajaan hanta penat-penat nak stay sana. Tak guna''
Pandai kau cakap orang. Tak baik cakap org lain selalunya nanti
kena batang hidung sendiri. Paham. 
Hah kau suka duduk negara orang dah maju an. Jadi di sini saya
nak nasihat sila balik ke Malaysia selepas anda belajar pandai pandai
kat sana. Biar Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
negara maju yang lain.

#3 Tidak tetap pendirian/Tidak mempunyai budaya terendiri.
Di sini pula , macamana nak kata. 
Rasanya sudah terang lagi bersuluh kan.
Kita suka mengikut budaya luar seperti budaya barat. 
Tetapi, sekarang, yang sering dibualkan , yang sedang pesat menular
adalah budaya Kpop. Tak kisah kalau nak ikut tapi kalau kau tu Islam....
Pandai pandailah fikir eh
Takyahlah nak  ikut jugak baju kain tak cukup tu ((khasnya kaum hawa))
setakat kau nyanyi ke tgk drama ke tak kisah. Nak ikut stail dia pon takpe
tapi beragaklah ya. 
Kalau nak ikot yang positif tu takpe.
Yang negatif please. Kau pun dah besar boleh fikir an.

#4 Suka melanggar peraturan.
Ceh konon ada phrase ' Rules are meant to be broken'
Semua lah kau nak langgar an. Phrase tu bukannya 
menggalakkan kita utk melanggar undang undang .
Kita selalu persoalkan ''kenapa Singapore boleh bersih ek?''
Contoh lah kan. ''Sebab rakyat mereka berdisiplin ikut peraturan'' ayat cliche
tapi kenapa kita tak boleh praktikkan untuk negara kita
 sedangkan dekat negara orang kita punyalah ikut undang-undang.
Nak kata apa ? ''Negara diaorang ada CCTV. Memang ah''
Apa punya perangai ni !
Habis tu Allah sentiasa memerhatikan kita kau tak fikir?
Akhir kata, kita kena ikut undang-undang yang ditetapkan.

#5 Mata duitan
Kerajaan memberi mahasiswa/mahasiswi/pelajar
baucer buku bagi meringankan beban mereka untuk membeli barangan keperluan belajar.
Akan tetapi ada yang tidak bertanggungjawab .
Sebagai contoh: Kerajaan memberi baucer sebanyak RM100
secara percuma tetapi mereka akan menjualnya dengan harga RM50.
Mereka rela menjualkan baucer tersebut demi duit berbanding
menggunakannya untuk menuntut ilmu. Ish ish ish.


2. Pihak berkuasa

#1 Tidak mengambil inisiatif.
Sekarang PBS diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar.
Ya, ini boleh memajukan negara kita.
PBS ini kita mengambil contoh daripada negara Australia yang
mempunyai tukang sapu sampah tepi jalan 
gajinya cuma 1/5 sahaja bezanya dari doktor di sana.
Akan tetapi, bila sistem ini diwujudkan ia semakin menambah kerja guru.
Itu tidak menjadi masalah. Tetapi sebagai pihak berkuasa mereka perlu tahu
apa masalah yang menyebabkan ramai pihak tidak bersetuju dan membaiki 
semula laman sesawang bagi memudahkan guru-guru 
memasukkan data PBS itu. Itu salah satu contoh.

#2 Sikap.
Tidak semua pemimpin di dalam negara kita AMANAH.
Hal ini perlu diketatkan. Semua tau nak duit. Masuk duit sikit dah nak pecah amanah.
Kau ingat duit tu kau bawak sampai akhirat ke?
Ya Allah. Sudah sudahlah tu nak rahsuah. Makan duit haram
Kau tak kesian ke anak isteri kau makan duit haram ? 
Masih kecik ((zaman sekolah)) penat je ikut kursus kepimpinan bagai.
Akhirnya kau tak praktikkan pun.
Sila LEBIH BERSKAP AMANAH !
Sesungguhnya AMANAH adalah
benda paling berat untuk dipikul.


Setakat ini sahaja yang saya boleh fikirkan.
Post ini seperti yang saya kata bukannya untuk mem'bash' mana-mana
pihak tetapi untuk menyedarkan pihak-pihak tertentu.

Maaf jika saya menggunakan bahasa yang agak kasar.
Itu sahaja untuk kali ini. Wassalam.

Xoxo,AmiraFaudzi.

No comments: